KLANG: Senarai sekolah yang masih belum dibuka susulan terkesan akibat banjir akan dikemas kini setiap Rabu, bagi membolehkan sekolah terlibat memulakan pengoperasian bagi minggu seterusnya jika sudah bersedia, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin.
"Setiap Rabu kita akan mengemas kini senarai tersebut, apabila sekolah itu keluar daripada senarai, maknanya pada Ahad atau Isnin (minggu seterusnya) boleh dibuka bergantung sama ada mereka berada dalam kumpulan A atau B.
"Namun pada masa sama, keadaan dan situasi banjir ini amat dinamik. Sesebuah sekolah itu boleh dibuka, tiba-tiba air naik dan itu secara automatik (sekolah ditutup)... dan tindakan awal akan diambil khususnya untuk maklumkan pada ibu bapa (berhubung penutupan sekolah)," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas meninjau Sekolah Kebangsaan (SK) Meru, Kapar hari ini sempena pengoperasian sekolah di Selangor bagi penggal ketiga, 2021/2022.
Dalam pada itu, beliau berkata empat juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga, 2021/2022 melibatkan 1.2 juta pelajar daripada kumpulan A yang memulakan sesi persekolahan semalam manakala 2.8 juta pelajar membabitkan kumpulan B, hari ini.
Radzi berkata bagi Selangor, seramai 473,816 pelajar seluruh negeri itu memulakan persekolahan melibatkan 264,201 pelajar sekolah rendah manakala 446,816 merupakan murid sekolah rendah termasuk prasekolah.
Susulan lawatannya di SK Meru yang merupakan antara sekolah terjejas banjir baru-baru ini, Radzi berkata beliau meminta Jabatan Pendidikan Negeri dan PPD untuk melihat mana-mana fasiliti itu yang terkesan untuk memastikan perabot dan peralatan mencukupi.
"Kalau ada perabot tidak mencukupi, kita akan bawa perabot-perabot berlebihan daripada sekolah lain, atau dari negeri lain," katanya.
Mengenai sistem pengurusan pertukaran dan penempatan guru (e-GTukar) baharu yang didakwa meletakkan pilihan pertukaran tempat terhad, Radzi berkata pihaknya akan sentiasa menambah baik sistem tersebut untuk membolehkan ia berada di tahap optimum di samping lebih memudahkan mereka terlibat.
"Kita akan sentiasa tambah baik sistem tersebut, sebagaimana sistem baharu yang mana kita akan terima pandangan dan akan kaji untuk melihat pendekatan yang boleh digunakan untuk pembaikan sistem tersebut.
"Kita ambil kira pandangan bila kata (guru) diberi pilihan tiga negeri (bagi pertukaran melibatkan negeri) maka mereka terpaksa pilih tiga negeri sedangkan mereka hanya ingin pindah satu negeri. Begitu juga melibatkan perpindahan melibatkan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sebagainya," kata beliau.
Beliau berkata bagi pertukaran antara negeri, walaupun hanya dinyatakan satu PPD bagi setiap negeri, sistem akan melihat PPD mana terdekat dengan PPD dipilih oleh pemohon.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 10 2022
Radzi (tengah) melihat kertas ujian sambil beramah mesra bersama murid ketika mengadakan lawatan pengoperasian sekolah pada hari pertama sesi persekolahan penggal ketiga tahun 2021 di SK Meru Klang hari ini. --fotoBERNAMA
Pantai Teluk Bahang diisytihar sebagai sarang penyu bertelur
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) pada Isnin mengisytiharkan Pantai Teluk Bahang sebagai sarang penyu bertelur.
TUBE-X: 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih melalui bantuan geran lebih RM3 juta
Seramai 214 usahawan belia Bumiputera Sabah berjaya dilatih tahun ini melalui bantuan geran berjumlah lebih RM3 juta di bawah Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE-X).
Sarawak selidik olah kanji sagu jadi nasi
Sarawak sedang memulakan penyelidikan untuk menjadikan kanji sagu sebagai makanan ruji alternatif kepada nasi.
Sektor pembinaan berkembang 14.2 peratus kepada RM36.8 bilion pada suku pertama 2024
Nilai kerja dalam sektor pembinaan melonjak sebanyak 14.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), berjumlah RM36.8 bilion pada suku pertama 2024.
Kelulusan berisiko jejas hubungan antarabangsa Georgia
Parlimen Georgia pada Isnin meluluskan pendengaran ketiga bagi undang-undang 'Ejen Asing', sekali gus membolehkan anggota Dewan Rakyat membuat undian berdasarkan perlembagaan. Akta 'Ejen Asing' itu diperkenalkan demi memastikan organisasi-organisasi di Georgia bersifat telus dari segi penerimaan dana dari luar negara serta untuk mengelakkan campur tangan pihak luar dalam urusan berkaitan.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
Operasi menyelamat mengesan mangsa hilang diteruskan
Pasukan menyelamat giat mencari mangsa yang masih hilang susulan banjir kilat dan lumpur di Sumatera Barat, Indonesia, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 43 orang.
500 petugas perubatan terbunuh di Gaza sejak 7 Oktober
Sekurang-kurangnya 500 petugas perubatan telah terbunuh sejak bermulanya perang Israel di Gaza pada 7 Oktober tahun lalu, kata Kementerian Kesihatan Gaza pada Ahad sempena Hari Jururawat Antarabangsa.
Tentera Israel halau rakyat Palestin di selatan & utara Gaza
Penduduk Palestin yang datang dari utara dan selatan Gaza dilihat memenuhi kawasan bandar Deir Al-Balah sejak hujung minggu ini dalam usaha mereka mencari perlindungan di tengah wilayah itu. Ini selepas mereka berdepan tekanan daripada tentera Israel untuk meninggalkan kedua kawasan utara dan selatan Gaza yang turut menempatkan laluan masuk yang baharu dibina oleh Israel yang kononnnya untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan buat penduduk Palestin.
Penambahbaikan sistem untuk bantu jemaah dan petugas
Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan sistem yang ditambahbaik tahun ini iaitu Content Delivery Network (CDN) dan sistem penginapan di masyair untuk membolehkan akses dan capaian lebih pantas bagi jemaah serta petugas haji Malaysia.
Senarai sekolah tidak dapat dibuka akibat banjir dikemas kini setiap Rabu - Radzi
Keseluruhannya, 4 juta pelajar sekolah rendah dan menengah seluruh negara memulakan sesi persekolahan bagi penggal ketiga, 2021/2022.
Sesi persekolahan bermula dengan pelajar bersemangat ikuti kelas secara fizikal
Ibu bapa juga beri reaksi positif terhadap pembelajaran dan kelas secara bersemuka berbanding kelas secara dalam talian.
Lebih 530,00 pelajar mulakan sesi persekolahan di Sabah hari ini
Sejumlah 1,075 sekolah rendah dan 218 sekolah menengah kerajaan dibuka untuk sesi persekolahan bersemuka di negeri ini.
528,234 pelajar di Sabah kembali ke sekolah hari ini
Daripada jumlah itu, seramai 209,906 orang adalah pelajar sekolah menengah dan 318,328 murid sekolah rendah.
Sekolah bersemuka di Selangor, KL, Putrajaya, Melaka bermula hari ini
Operasi institusi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini adalah berdasarkan peralihan ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak 18 Oktober lalu.
KPM, KKM bincang pelajar Tingkatan 5 ke sekolah tanpa penggiliran
Ia susulan peningkatan kadar vaksinasi pelajar Tingkatan Lima yang mencecah 97 peratus.
94,000 pelajar mulakan sesi persekolahan bersemuka hari ini
Pembukaan hari ini membabitkan pelajar Tingkatan Enam Semester Dua, kelas peperiksaan antarabangsa, MBK dan PPKI yang hadir tanpa penggiliran mengikut ketetapan Fasa Dua.
Sesi persekolahan bersemuka bermula di Terengganu, Kelantan dan Langkawi
Di Terengganu dan Langkawi, pembukaan sekolah melibatkan masing-masing 35,438 dan 2,159 pelajar dan murid.
TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.